

salam...isnin
saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat tentang apa yang berlaku pada hari sabtu lepas yang di katakan...sebagai rusuhan pada pandangan sebelah pihak dan sebelah pihak yang lain mengatakan perhimpunan aman.ada pulak yang kata rapat umum dan suara rakyat...emmm mana satu yang betul...semuanya akan menjadi betul pada sesebelah pihak yang mewakili setiap idealogi..golongan penentang,pencadang pelaksana dan anti sistem yang di katakan tidak betul..
ada pula yang begitu mempertahankan bahawa itu perjuangan...dan satu jihad..jika ditakdirkan mati ianya akan menjadi syahid pula...entahlah...hanya Tuhan yang tahu...tapi alangkah mudahnya untuk mendapat jihad ye...sedangkan zaman nabi dulu rasa sayalah...waktu perang dahulu..nabi check sorang-sorang siapa yang tak solat subuh,siapa yang tak bangun malam,siapa yang meninggalkan ibadah khusus,...jadi siapa yang tergolong dalam golongan itu semuanya nabi tak suruh pergi berperang..dikhuatiri akan menjadi duri dalam daging atau menjadi sebab terhalangnya pertolongan dari Tuhan...Maaflah kiranya saya silap dan harap dapat betulkan..
agak tersentuh hati saya..bila melihat pelbagai golongan turun di jalan raya..kanak-kanak,wanita,lelaki mumayiz,orang tua,berserban,berkupiah,cina,india,amoi,dan ramai lagi ramai menuntut agar ISA di hapuskan untuk menghantar memorondum kepada Agung yang masih bermesyuarat...apa yang di tuntut....dalam satu sistem yang kita amat tahu benar akan kebenarannya tak akan menjadi...kerana sistemnya sudah begitu..seolah-olah kita memarahi anjing yang menyalak sedangkan kita tahu anjing memang menyalak...
bukanlah maksud saya untuk menyamakan sesiapa saja dengan anjing tetapi sistem yang di guna pakai seluruh rakyat memang sudah begitu....sesiapa saja yang di atas menggunakan sistem yang sama akan tetap jadi perkara yang sama....hatta pemimpin kononnya memimpin suara rakyat..pun jika pakai sistem yang sama ia tetap ,menjadi sama...