..Salam...
masa..masa...satu hari aku berada di ipoh...jauh di sudut bandar ipoh..telah terdengar satu statement bahawa " kita rugi kerana kita berada didalam masa,kalau kita memahami dan mempelajari ilmu tentang masa kita akan berada diluar masa...dan akan dapat menguruskan masa dengan sebaik-baiknya maka kita akan masuk di kalangan orang yang beruntung.."
akhir zaman tuan.....Nabi kita bersabda bahawa nikmat dan berkat masa akan di tarik balik,sehingga setahun di rasakan hanya sebulan,sebulan bagai seminggu,seminggu bagaikan sehari,sehari bagaikan sejam dan sejam seolah-olah satu detik waktu sahaja.kita di sibukkan dengan berbagai-bagai benda tetapi tiada apa yang dapat di buat dari apa yang kita sibukkan itu..
itulah masa....apalah yang berada di hadapan...lalu kita tinggalkan belakang,maniskah kenangan masa lalu hingga kita terlena akan masa mendatang...atau apakah yang menyebabkan masa berlalu pergi tanpa sesuatu yang bermanfaat....
